Selasa, 13 Mac 2018

Dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno, tiada unsur-unsur yang boleh disiasat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Bagaimanapun, katanya, penilaian jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat.

"Bagaimanapun, SPRM mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendak melaporkannya kepada pihak SPRM," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.

Low berkata demikian ketika menjawab soalan anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mahu tahu sama ada SPRM atau pihak polis menyiasat dakwaan itu.

https://www.malaysiakini.com/news/375490

Tiada ulasan:

Catat Ulasan