Jumaat, 9 Disember 2011

Adakah PAS mampu tegak Islam dalam Pakatan Rakyat?

Nasrudin Hassan
Maafkan saya teman kerana agak lembab menjawab beberapa soalan yang dikemukakan semasa forum Politik dan Mahasiswa di UIAM tempohari sedang saya telah berjanji untuk menjawabnya. Maklumlah, apabila sudah tidak berada dalam majlis, ada sahaja perkara yang melengahkan saya untuk menjawabnya. Kini ada satu lagi soalan yang masih belum terjawab. Soalan kelima !

Soalan tersebut ialah : Apakah PAS Mampu Tegakkan Islam dalam Pakatan Rakyat ?

1. Saudara , perjuangan PAS bukan lagi berusia setahun jagung. Malah PAS telah berpengalaman luas dalam Kerajaan Campuran di zaman Perikatan. Berpengalaman di zaman Angkatan Perpaduan Ummah juga di zaman Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat. Sepanjang tempoh itu, PAS tidak pernah lekang biarpun seketika cuma dari dasar perjuangan yang telah mendarah daging iaitu Islam.

Selasa, 6 Disember 2011

Guan Eng minta Najib tunjuk bukti, jika tidak kuburkan 1 Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan bukti bahawa orang bukan Melayu cuba mahu meminda Perlembagaan Persekutuan dan jika tidak, harus menguburkan sahaja gagasan 1 Malaysia, kata Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha Agung DAP berkata, Najib selaku perdana menteri dan presiden Umno telah mengejutkan seluruh negara apabila semalam memainkan sentimen perkauman terhadap orang bukan Melayu dalam ucapannya pada majlis Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Siapa Pemilik Jet Yang Dinaiki Zahid Belum Dijelas

Oleh Mohd Sayuti Omar

KALAU tidak salah ingatan saya Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk memberi penjelasan berhubung persoalan yang ditimbulkan mengenai pemergiannya ke Makkah yang menaiki jet peribadi. Kata Zahid yang ketika itu berada di Russia beliau akan menjelaskan perkara itu sebaik pulang ke tanah air.



Saya tidak tahu apakah Zahid telah menjelaskan atau tidak jet siapa yang beliau naiki itu. Katanya jet itu adalah jet kawannya dan bukan jet miliknya sendiri.

Isnin, 5 Disember 2011

MB Perak ke atau Ketua UMNO Negeri Perak BERBOHOONG?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terkejut dengan penjelasan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini ketika menjawab persoalan berkaitan dengan ruang pekerjaaan di Negeri Perak yang telah diusahakan oleh PUSAT Kerjaya Amanjaya (PEKA) di bawah kendalian Institut Darul Ridzuan (IDR) yang bercanggah dengan kenyataan awal Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak, Khairul Azwan Dato’ Harun melalui penganjuran bersama atas nama “Karnival Pekerjaan dan Karier Perak Amanjaya” pada awal Oktober yang lalu.


Datuk Seri Zambry ketika menjawab soalan lisan berkaitan usaha Kerajaan Negeri Perak bagi mendapatkan ruang pekerjaan kepada golongan belia di Perak hanya memaklumkan sekitar 2 ribu orang sahaja telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui PEKA. Tetapi melihat kepada beberapa kenyataan daripada Khairul Azwan semasa penganjuran karnival tersebut amat bercanggah dengan jumlah sebenar peluang pekerjaan yang telah ditawarkan. Beberapa jumlah telah dinyatakan oleh Khairul Azwan bermula dengan jumlah 5 ribu, 8 ribu hinggalah ke pada jumlah 17 ribu peluang pekerjaan yang telah ditawarkan melalui program tersebut.

Apa yang kami amat sedih, kenapa seorang pimpinan utama Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak serta Parti tulang belakang sebuah kerajaan negeri telah menyatakan perkara tidak benar di dalam perkara ini? Kenapa perlu berbohong kepada anak muda yang sedang mencari peluang pekerjaan yang selama ini membelenggu pemikiran mereka? Bagi kami, sudah tentu Pemuda Umno sedar bahawa kini hampir lebih 29 ribu orang menjadi penganggur di Perak iaitu bersamaan 3.2 peratus jumlah pengangguran di negara kita tahun ini. Persoalannya, siapa yang telah berbohong kepada anak muda di dalam program karnival baru-baru ini?

Kami kesal dengan sikap tidak jujur Khairul Azwan di dalam memastikan anak muda yang ingin mencari peluang pekerjaan telah dipolitikkan demi kepentingan Umno / BN semata-mata. Kami ingin Khairul Azwan mengambil pertanggungjawaban dalam setiap kenyataan yang telah dikeluarkan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negeri Perak kerana mempermainkan perasaan dan harapan mereka. Kami yakin anak muda negeri Perak akan menolak Umno / BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti!




SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sabtu, 3 Disember 2011

UMNO NAK RAMPAS NEGERI PR


Sesi pembahasan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC baru-baru ini hangat dengan sorakan yg gemuruh dari perwakilan-perwakilan dari seluruh negara yg mahu UMNO / BN merampas kembali 4 negeri yg kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR),setelah mereka (UMNO/BN) berjaya merampas Perak dengan cara yg kotor.

Janji 3 tahun lepas sehingga kini hanya tinggal janji sahaja,inilah penipu rakyat,kata mereka.Persoalannya sekarang adakah kerajaan yg diketuai oleh UMNO telus dan bersih?.Sudah lebih 50 tahun mentadbir kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri bolehkah kita katakan kerajaan yg berjaya?.Ekonomi negara semakin teruk,rakyat yg menganggur juga semakin ramai,belum lagi isu-isu lain termasuk dari segi sosial dan pelbagai lagi.

Bagaimana UMNO boleh kata kerajaan PR gagal mentadbir,manifesto yg telah PR janjikan kepada rakyat telah hampir 100% ditunaikan walaupun baru hampir 4 tahun memerintah sedangkan UMNO/BN yg telah lebih separuh abad memegang tampuk pemerintahan masih banyak lagi janji yg belum ditunaikan.Cukup dengan laporan dari Audit negara melaporkan perbelanjaan yg diuruskan oleh negeri-negeri PR adalah yg terbaik berbanding negeri-negeri yg UMNO/BN perintah.

Sebenarnya kuasa rakyat yg boleh mengubah segalanya.Tahun 2008 selepas PRU ke 12 berlangsung,sejarah hitam buat UMNO/BN kenangan manis buat PR.Ianya juga sebagai satu pengajaran buat UMNO/BN bahawa rakyat sudah muak dan inginkan pembaharuan.Rakyat juga telah sedar mereka (UMNO/BN) hanya pandai taburkan janji.Oleh itu rakyat telah menghukum UMNO dan rejim-rejimnya dengan kekalahan teruk mereka dibeberapa buah negeri dan PRU ke 13 nanti adalah penentuan yg sebenar PR akan gantikan BN.

Jumaat, 2 Disember 2011

UMNO DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA TERUS MENUNGKIT-UNGKIT "JASA" MEREKA

UMNO terus menampakkan tembelang mereka di dalam perhimpunan parti haram mereka yang penuh dndam kesumat tersebut. Dalam usaha mereka mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat ke Putera Jaya, pimpinan mereka terus mengungkit-ungkit rakyat yang menentang kerakusan dan kebobrokan mereka sebagai orang yang tidak mengenang budi!
Semalam mereka telah menuding jari kepada Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim sebagai orang yang telah berjaya hasil daripada perjuangan UMNO, kemudian mereka menuding jari kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu pula sebagai orang yang tidak mengenang  jasa UMNO.
Sebelum ini mereka juga mengungkit kejayaan Dato' Seri Mohammad Nizar dalam kerjayanya sebagai seorang yang tidak berterima kasih kepada UMNO, kerana dengan UMNOlah beliau berjaya dalam hidup, tetapi selepas berjaya Nizar menjadi penentang UMNO pula!
Inilah dia pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak lansung percaya dengan kekuasaan Allah! Apakah dengan menungkit-ungkit "jasa" mereka itu menunjukkan mereka adalah orang yang berjuang secara jujur?? Atau apa??
Memangle bagi seorang yang telah tua, yang penuh dengan dosa-dosa yang terpaksa dipikul kerana kezaliman mereka kepada semua rakyat Malaysia, Allah akan menjadikan mereka nyanyuk, tak tahu hujung pangkal yang dibicarakan, tidak tahu bahawa tanpa UMNO, Malaysia lagi aman, dan orang Melayu lagi terus terbela.

Rabu, 30 November 2011

Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun?

Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk “Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat” dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih
budaya maki-hamun.

Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.