| Harakahdaily |
IPOH, 9 Dis: Tindakan kerajaan Perak membenarkan sebuah syarikat asing memiliki jeti di Lumut telah diselar oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan samada Menteri Besar mereka Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (gambar) berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.Menurut blog ‘say no to Vale International’, kerajaan Perak tidak seharusnya meletakkan jeti Lumut di bawah syarikat Brazil, Vale International yang bakal menggunakan jeti tersebut untuk menerima dan menghantar keluar jumlah hasil bijih besi yang banyak. |
Jumaat, 9 Disember 2011
Jeti Lumut di tangan orang asing dipersoal
Dakwaan Satu Masjid : Alhamdulillah PAS Tidak Pernah Bina Satu Kasino dan Kilang Arak Pun!
Khamis, 08 Disember 2011 17:10 Webmaster DUPP
Kuala Lumpur, 8hb Dis 2011. Umat Islam khususnya orang Melayu diseru bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sepanjang pemerintahan PASdi Kelantan dan Terengganu (1999-2004), PAS bukan sahaja tidak pernah membina kasino dan kilang arak bahkan tidak terdetik di sanubari PAS untuk merestuinya. Apa yang orang Islam khususnya orang Melayu saksikan kewujudan Pusat Judi Genting dan Kilang Arak di negara ini adalah hasil daripada kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Umno.
Adakah PAS mampu tegak Islam dalam Pakatan Rakyat?
| Nasrudin Hassan |
| Maafkan saya teman kerana agak lembab menjawab beberapa soalan yang dikemukakan semasa forum Politik dan Mahasiswa di UIAM tempohari sedang saya telah berjanji untuk menjawabnya. Maklumlah, apabila sudah tidak berada dalam majlis, ada sahaja perkara yang melengahkan saya untuk menjawabnya. Kini ada satu lagi soalan yang masih belum terjawab. Soalan kelima ! Soalan tersebut ialah : Apakah PAS Mampu Tegakkan Islam dalam Pakatan Rakyat ? 1. Saudara , perjuangan PAS bukan lagi berusia setahun jagung. Malah PAS telah berpengalaman luas dalam Kerajaan Campuran di zaman Perikatan. Berpengalaman di zaman Angkatan Perpaduan Ummah juga di zaman Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat. Sepanjang tempoh itu, PAS tidak pernah lekang biarpun seketika cuma dari dasar perjuangan yang telah mendarah daging iaitu Islam. |
Selasa, 6 Disember 2011
Guan Eng minta Najib tunjuk bukti, jika tidak kuburkan 1 Malaysia
KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri Najib Razak perlu
menunjukkan bukti bahawa orang bukan Melayu cuba mahu meminda Perlembagaan
Persekutuan dan jika tidak, harus menguburkan sahaja gagasan 1 Malaysia, kata
Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha Agung DAP berkata, Najib selaku perdana
menteri dan presiden Umno telah mengejutkan seluruh negara apabila semalam
memainkan sentimen perkauman terhadap orang bukan Melayu dalam ucapannya pada
majlis Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Siapa Pemilik Jet Yang Dinaiki Zahid Belum Dijelas
Oleh Mohd Sayuti Omar
KALAU tidak salah ingatan saya Ahmad
Zahid Hamidi pernah berjanji untuk me
mberi penjelasan berhubung persoalan yang ditimbulkan
mengenai pemergiannya ke Makkah yang menaiki jet peribadi. Kata Zahid yang
ketika itu berada di Russia beliau akan menjelaskan perkara itu sebaik pulang ke
tanah air.
mberi penjelasan berhubung persoalan yang ditimbulkan
mengenai pemergiannya ke Makkah yang menaiki jet peribadi. Kata Zahid yang
ketika itu berada di Russia beliau akan menjelaskan perkara itu sebaik pulang ke
tanah air.
Saya tidak tahu apakah Zahid telah menjelaskan atau tidak jet
siapa yang beliau naiki itu. Katanya jet itu adalah jet kawannya dan bukan jet
miliknya sendiri.
Isnin, 5 Disember 2011
MB Perak ke atau Ketua UMNO Negeri Perak BERBOHOONG?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terkejut dengan penjelasan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini ketika menjawab persoalan berkaitan dengan ruang pekerjaaan di Negeri Perak yang telah diusahakan oleh PUSAT Kerjaya Amanjaya (PEKA) di bawah kendalian Institut Darul Ridzuan (IDR) yang bercanggah dengan kenyataan awal Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak, Khairul Azwan Dato’ Harun melalui penganjuran bersama atas nama “Karnival Pekerjaan dan Karier Perak Amanjaya” pada awal Oktober yang lalu.
Datuk Seri Zambry ketika menjawab soalan lisan berkaitan usaha Kerajaan Negeri Perak bagi mendapatkan ruang pekerjaan kepada golongan belia di Perak hanya memaklumkan sekitar 2 ribu orang sahaja telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui PEKA. Tetapi melihat kepada beberapa kenyataan daripada Khairul Azwan semasa penganjuran karnival tersebut amat bercanggah dengan jumlah sebenar peluang pekerjaan yang telah ditawarkan. Beberapa jumlah telah dinyatakan oleh Khairul Azwan bermula dengan jumlah 5 ribu, 8 ribu hinggalah ke pada jumlah 17 ribu peluang pekerjaan yang telah ditawarkan melalui program tersebut.
Apa yang kami amat sedih, kenapa seorang pimpinan utama Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak serta Parti tulang belakang sebuah kerajaan negeri telah menyatakan perkara tidak benar di dalam perkara ini? Kenapa perlu berbohong kepada anak muda yang sedang mencari peluang pekerjaan yang selama ini membelenggu pemikiran mereka? Bagi kami, sudah tentu Pemuda Umno sedar bahawa kini hampir lebih 29 ribu orang menjadi penganggur di Perak iaitu bersamaan 3.2 peratus jumlah pengangguran di negara kita tahun ini. Persoalannya, siapa yang telah berbohong kepada anak muda di dalam program karnival baru-baru ini?
Kami kesal dengan sikap tidak jujur Khairul Azwan di dalam memastikan anak muda yang ingin mencari peluang pekerjaan telah dipolitikkan demi kepentingan Umno / BN semata-mata. Kami ingin Khairul Azwan mengambil pertanggungjawaban dalam setiap kenyataan yang telah dikeluarkan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negeri Perak kerana mempermainkan perasaan dan harapan mereka. Kami yakin anak muda negeri Perak akan menolak Umno / BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti!
SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Datuk Seri Zambry ketika menjawab soalan lisan berkaitan usaha Kerajaan Negeri Perak bagi mendapatkan ruang pekerjaan kepada golongan belia di Perak hanya memaklumkan sekitar 2 ribu orang sahaja telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui PEKA. Tetapi melihat kepada beberapa kenyataan daripada Khairul Azwan semasa penganjuran karnival tersebut amat bercanggah dengan jumlah sebenar peluang pekerjaan yang telah ditawarkan. Beberapa jumlah telah dinyatakan oleh Khairul Azwan bermula dengan jumlah 5 ribu, 8 ribu hinggalah ke pada jumlah 17 ribu peluang pekerjaan yang telah ditawarkan melalui program tersebut.
Apa yang kami amat sedih, kenapa seorang pimpinan utama Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak serta Parti tulang belakang sebuah kerajaan negeri telah menyatakan perkara tidak benar di dalam perkara ini? Kenapa perlu berbohong kepada anak muda yang sedang mencari peluang pekerjaan yang selama ini membelenggu pemikiran mereka? Bagi kami, sudah tentu Pemuda Umno sedar bahawa kini hampir lebih 29 ribu orang menjadi penganggur di Perak iaitu bersamaan 3.2 peratus jumlah pengangguran di negara kita tahun ini. Persoalannya, siapa yang telah berbohong kepada anak muda di dalam program karnival baru-baru ini?Kami kesal dengan sikap tidak jujur Khairul Azwan di dalam memastikan anak muda yang ingin mencari peluang pekerjaan telah dipolitikkan demi kepentingan Umno / BN semata-mata. Kami ingin Khairul Azwan mengambil pertanggungjawaban dalam setiap kenyataan yang telah dikeluarkan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negeri Perak kerana mempermainkan perasaan dan harapan mereka. Kami yakin anak muda negeri Perak akan menolak Umno / BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti!
SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Sabtu, 3 Disember 2011
UMNO NAK RAMPAS NEGERI PR
Janji 3 tahun lepas sehingga kini hanya tinggal janji sahaja,inilah penipu rakyat,kata mereka.Persoalannya sekarang adakah kerajaan yg diketuai oleh UMNO telus dan bersih?.Sudah lebih 50 tahun mentadbir kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri bolehkah kita katakan kerajaan yg berjaya?.Ekonomi negara semakin teruk,rakyat yg menganggur juga semakin ramai,belum lagi isu-isu lain termasuk dari segi sosial dan pelbagai lagi.
Bagaimana UMNO boleh kata kerajaan PR gagal mentadbir,manifesto yg telah PR janjikan kepada rakyat telah hampir 100% ditunaikan walaupun baru hampir 4 tahun memerintah sedangkan UMNO/BN yg telah lebih separuh abad memegang tampuk pemerintahan masih banyak lagi janji yg belum ditunaikan.Cukup dengan laporan dari Audit negara melaporkan perbelanjaan yg diuruskan oleh negeri-negeri PR adalah yg terbaik berbanding negeri-negeri yg UMNO/BN perintah.
Langgan:
Catatan (Atom)
IPOH, 9 Dis: Tindakan kerajaan Perak membenarkan sebuah syarikat asing memiliki jeti di Lumut telah diselar oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan samada Menteri Besar mereka Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (gambar) berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.





