Majlis dirasmikan oleh Saudara Mustafa Kamil Ayub,Ahli Majlis Kepimpinan KeADILan Pusat yg turut menyampaikan ceramah selepas perasmian.Turut hadir Ketua Penerangan KeADILan Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim,Setiausaha KeADILan Perak Saudara Anuar Zakaria dan Kept.(B) Haji Usaili Alias Ketua Cabang KeADILan Parit.
| Bekas Pengarah Latihan RISDA Negeri Perak menyampaikan borang keahlian untk menyertai PKR |
Majlis dan ceramah tersebut diselangi dengan penyampaian senarai nama daftar pemilih SPR bagi setiap cawangan-cawangan KeADILan dalam DUN Bota serta penyerahan borang keahlian KeADILan oleh mantan Pengarah Latihan RISDA Negeri Perak,Tuan Haji Ramli bin Anuar.Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar BiroTata Negara (BTN).
Majlis tersebut diadakan dengan aman tanpa ada gangguan dari pihak berkuasa walaupun diberitakan permit tidak diluluskan akan tetapi majlis tetap juga diteruskan.

Semenjak
dua tiga menjak ni, makin kuat malaun-malaun media dok kucai PAS. Tambah syok
pulak, ada pulak orang PAS yang dok layan puak-puak ni. Hasilnya, dalam dok
kalut-kalut tu, orang bawah yang dok ikut ni, suka pulak bertelagah sama-sama.


Penulisan saya yang
lalu mengenai Dr Hassan Ali bukan mempertikaikan keputusan dan kehendak
mana-mana cawangan dan kawasan di Selangor kerana itulah cara dan kaedah PAS
mendapat pandangan daripada kawasan tentang calon.